Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi dengan rezeki yang diberi dan jemputanNya, akhirnya Kak Temah dapat merialisasikan hajat untuk membawa mak dan kakak Kak Temah menunaikan umrah. Sebelum berlepas dan sepanjang di Tanah Suci, tak putus2 Kak Temah berdoa 'Ya Allah, jadikanlah ibuku, kakak ku dan diriku tetamu Mu yg istimewa. Kau tutupkanlah keaiban kami Ya Allah". Alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Allah.
Kak Temah sekeluarga telah berlepas ke tanah suci pada 14/3/2011. Kak Temah nak cerita di sini bukan sebab Kak Temah mahu bangga diri atau sama makna dengannya tetapi ada pengalaman yang menarik yang Kak Temah mahu kongsikan.
Di fast forwardkan, jemaah di Tanah Suci begitu ramai dan padat, tidak seperti tahun 2002 Kak Temah ke sana, tidak begitu padat. Kak Temah perlu memimpin mak supaya tidak terpisah ditambah lagi lutut mak tidak begitu kuat sebab operation lutut setahun yang lalu. Pergerakan Kak Temahpun agak terbatas sebab Kak Temah mempunyai masalah saraf. Akak pulak baru saja 3 minggu bedah tonsil.
Alhamdulillah di Madinah Kak Temah dapat bawa mak ke Raudhah. Walaupun sangat padat kami sempat berdoa dan menunaikan solat sunat. Kami bergilir. Kak Temah akan jaga mak dulu untuk bersolat takut ada yang terlanggar,terhimpit atau terpijak mak. Begitu juga mak akan jaga Kak Temah bila bersolat. Kesian mak sebab ditolak dan dihimpit. Kak Temah takpe sebab kuat lagi, Di sini memang kita kena kuatkan kekuda dan ala2 memasak kan kaki ke bumi, kalau tak kuat boleh jatuh dan kena pijak dek jemaah terlalu ramai berebut beribadah di Raudhah. Biasanya orang Asia cool dan memberi ruang pada jemaah lain.
Di Tanah Suci Mekah, jemaah boleh dikatakan berjuta jadi memang Kak Temah kena pegang mak selalu dari terpisah, dan terhimpit dengan jemaah yang besar. Sebelum ni Kak Temah pernah terdengar dan terbaca, kalau kita membawa orang tua kita, kesabaran kita perlu ditahap yang tinggi, mungkin juga betul bila difikirkan sekarang. Tapi Alhamdulillah ujian Kak Temah tidaklah besar cuma Kak Temah tidak begitu kuat untuk 'protect' mak selalu.
Kak Temah nak bercerita tanpa berselindung.
Pada hari ke 3 di Mekah, dalam perjalanan untuk bermiqat, Kak Temah cakap dengan akak Kak Temah 'Kak, akak jagalah mak hari hari ni. Kesian mak kalau org jaga belah kiri, belah kanan mak orang besar2 himpit'. Bila sampai saja kat masjid untuk solat sunat umrah, mak kata mak tak sedap badan, macam nak demam. Kak Temah kata dengan mak tak payah buat umrah yang ni dulu.. Memang mak demam terus lepas balik. Malam tu mak tak boleh nak bangun, juga ke- esokan harinya. Kak Temah cuma bersolat di dalam bilik, tak sedap hati nak tinggal kan mak. Kak Temah suruh akak aje pergi beribadah di Masjidil Haram. Kesian jugak kat akak sebab ini pertama kali dia ke Tanah Suci, jadi biarlah dia beribadah dengan sepuasnya.
Demam mak tak kebah2 jugak dah nak masuk 3 hari. Gundah gulana dibuatnya.. Kak Temah rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Sepanjang mak demam boleh dikira berapa kali saja Kak Temah ke Masjidil Haram. Akak cakap, jaga mak yang demam mungkin berlipat-ganda ganjarannya yang Allah bagi. Insya Allah.
Masuk hari ke-4 Kak Temah rasa tak sedap hati. Dalam pukul 10am Kak Temah pergi ke Masjidil haram untuk bersolat Dhuha. Kak Temah bitau akak dengan mak Kak Temah solat sampai Asar, jadi akak kena tunggu mak. Sebenarnya terlintas dalam hati untuk bersolat taubat. Selalunya orang buat solat taubat tengah malam tapi hati Kak Temah kuat nak buat dan dan tu jugak. Sebenarnya hati Kak Temah berkata2, 'sebab aku cakap kat akak macam tu ke mak terus demam? Ya Allah, berilah aku petunjuk'.
Masa ketika sujud, tetiba Kak Temah menangis berderai2 air mata. Kak Temah tak pernah menangis macam tu masa solat taubat. Memang tak pernah. Masa kena 'roti panjang' dengan guru besar pun Kak Temah tak nangis macam tu, setitik air mata pun tidak walaupun Kak Temah tak salah apa masa kena tibai tu..... Punyalah Kak Temah menangis teresak2 masa berdoa sampai orang depan Kak Temah menoleh ke Kak Temah, orang sebelah kanan Kak Temah berpaling ke arah Kak Temah. Jemaah sebelah kiri Kak Temah sampai mengusap2 belakang Kak Temah .... Rasanya jemaah yang duduk sebelah kiri Kak Temah dari Turkey dan kelihatan sangat tua.
Kak Temah tak pedulikan mereka. Kak Temah tak malu dah menangis tersedu2, dah tak boleh nak control, nak buek camno kan. Selama Kak Temah hidup rasanya Kak Temah sangat macho tapi kali ni sangat sentimentol lah pulak.
Kak Temah tetap mengulangi 'bicara' Kak Temah dengan Allah. Dalam hati dengan mulut kumat kumit berdoa "Ya Allah, sesungguhnya aku ikhlas membawa ibuku dan akak ku di sini, Ya Allah. Aku tidak mengharap apa ganjaran daripada Mu, Ya Allah. Sedetik pun aku tidak pernah terfikir yang mereka menyusahkan aku Ya Allah. Ya Allah ampunkan lah aku seandainya hati ku pernah terlintas atau mengeluh di sudut hati ku yg paling dalam walau setengah saat, kau ampunkan lah aku Ya Allah. Sesungguhnya aku tidak pernah bermaksudkan begitu Ya Allah. Dengan rezeki dan jemputan Mu membawa kami ke sini, jadikanlah kami tetamu Mu yang istimewa Ya Allah. Ya Allah ampunkanlah aku Ya Allah, berilah kesihatan yang baik kepada ibuku dan kakak ku Ya Allah, aku sanggup menanggung semua kesakitan mereka Ya Allah.. Ampunkanlah ibuku dan kakak ku Ya Allah. Sesungguhnya aku ikhlas Ya Allah..terimalah taubat ku Ya Allah, selagi aku tidak puas memohon padaMu aku akan begini Ya Allah...terimalah taubat ku Ya Allah, tolonglah aku Ya Allah'. Sebenarnya Kak Temah sangat takut kalau tanpa disedari Kak Temah mengeluh atau di sudut hati yang paling10x dalam ada terlintas. Ini bukan tempat main2, semuanya dibayar cash..
Kak Temah menangis tersedu2. Kak Temah tak perasanlah pulak kuat ke tak sedu-sedan Kak Temah tetapi ada ketika semasa berdoa, ada jemaah yang menoleh . Nenek Turkey disebelah kiri Kak Temah mengusap2 lagi belakang Kak Temah sehingga Kak Temah reda... adoii yaii.. mesti dia orang ingat dosa apa lah yang Kak Temah dah buat kan..bunuh orang ke? Merompak ke? Kak Temah tak berhenti menangis tapi agak reda. Nenek Turkey tadi, mengusap2 kepala Kak Temah.. dia menadah tangan berdoa dan membuat sign language seakan meminta Kak Temah mengaminkan doanya..berderai2 air mata Kak Temah mengaminkan bacaanyanya. Kak Temah menangis tersedu2 lagi. Selesai berdoa dia mengucup kepala Kak Temah, lagi lah berderai air mata ni. Ya Allah, aku dah lah dalam keadaan sentimentel, dia buat macam ni lagi lah aku nak menangis. Dalam hati sempat bertanya siapalah pulak nenek ni kan..Malaikat ke? Wali Allah ke?..tak kesah lah siapa, Kak Temah cuma mahu fokus dan kusyuk memohon keampunan pada Allah, sesungguhnya Kak Temah rasa berdosa sangat dengan mak dan akak walaupun pada dasarnya Kak Temah tak tau ujung pangkal kenapa Kak Temah rasa berdosa. Nak mintak maaf kat dia orang malu. Mohon keampunan daripada Allah tak malu.
Kak Temah meneruskan 'bicara' Kak Temah dengan deraian air mata dan sedu-sedan
Dalam keadaan yang masih menadah tangan tiba2 ekor mata kiri Kak Temah tertarik dengan keadaan nenek tadi..seperti terdengar bunyi krak kruk krak. Ish fokus Kak Temah ! Fokus! Berdoa kena kusyuk!! Dalam cuba kusyuk balik...tetiba dari ekor mata Kak Temah ternampak satu fenonema yang luar biasa kat nenek tadi. Dalam posisi menadah tangan berdoa, Kak Temah menoleh sikit ke kiri. Tergamam Kak Temah! Nenek tadi membuka mulut seperti ingin mengeluarkan sesuatu lalu dia menadah tangan kanan.... terganggu doa Kak Temah dan terhenti tangisan tiba2 bila menyaksikan dengan slow motionnya krak kruk kraaaak gigi nya keluar daripada mulut dan disambut dengan tapak tangannya.
Kak Temah macam tak percaya. Kak Temah terus toleh ke kiri, nenek tadi dengan selambanya pasang balik gigi palsu tadi. Ya Rabbi! Macam nak pengsan tahan ketawa.... boleh pulak macam tu kan, ini dalam Masjidil Haram....boleh jugak ada cerita lawak..hahahhaaaa.. Alhamdulillah tangisan Kak Temam telah reda dan berhenti lepas nampak gigi palsu tadi... Ya Allah sesungguhnya, Kau lah Maha Besar lagi Maha Mengampuni.
Selepas itu Kak Temah mahu menukar tempat untuk solat zuhur. Rupanya dah dekat 2 jam Kak Temah di situ, bermakna hampir 2 jam Kak Temah menangis tersedu-sedan. Alamak! Ini lagi satu kes, nak salam nenek tu ke tak? Kalau salam nanti melekat lah air liur dari gigi palsu tu kat tangan Kak Temah! Tawakal saja. Bila Kak Temah nak hulur kan salam, Kak Temah tak perasan nenek tu ke mana. Tak mengapalah. Semuga Allah memberkati hidup nenek itu.
Alhamdulillah demam mak makin kebah petang tu. Ya Allah sesungguhnya Kau Maha Mendengar.
Puas Kak Timah fikir apa yang cuba disampaikan dari pengalaman ni ye. Sesungguh Allah lebih mengetahui. Walau apa pun, Kak Timah terima dengan redha dan penuh keinsafan. Ini adalah ujian Allah untuk Kak Temah. Kak Temah tak patut cakap dengan akak macam walaupun tiada niat2 yang lai. Akak baru je operation. Dia pun kena jaga diri sendiri dari terkena siku atau himpitan jemaah. Lagipun ini pertama kali dia ke Tanah Suci. Mungkin juga Allah nak test Kak Temah, setakat pegang2 dan pimpin2 mak dalam kepadatan manusia apalah sangat penatny.a Yang selama ni mak duk jaga Kak Temah sakit tak pernah mengeluhpun. Kak Temah merasa jaga mak dalam 2 suasana yang berbeza. Allah bagi Kak Temah merasa jaga mak dalam kepadatan manusia dan dalam bilik yang tenang.
Bab gigi palsu tu pulak susah juga Kak Temah nak fikir pengajarannya. Boleh pulak macam tu kan di Masjidil Haram. Mungkin Allah nak bagitau , sudahlah, berhenti lah menangis, dah berapa lama menangis tak henti2 dan Allah anugerahkan momen gigi palsu untuk mengembalikan senyuman di wajah Kak Temah. Sesungguhnya hati Kak Temah kembali tenang sejurus momen itu. 'Ya Allah sesunguhNya Kau Maha Mengetahui dan Maha Pengampun'

Adoi laa Kak Temah.. memula mak tompang sedu sedan membacanya, sudahnya bergegar perut mak menahan gelak dan menahan gigi dari jatuh okkeh..
ReplyDeleteTima kasih kerana berkongsi pengalaman.. akan mak amalkan doa cam Kak Temah sebelum pegi tu. Mudah2an Allah makbulkan. Amiin... Allah Maha Mengetahui apa dan bila yang terbaik buat hamba2-Nya (Huwaaa... huwaaa... huwaaa... )
hehehe..lepas ni bila2 sedih , ingat kata kunci mcm ko saran kan "semoga nenek gg hadir di sisi mu"....
ReplyDeletebtw, Sumie aku dah doakan kau sekeluarga agar dijemput kesana. InsyaAllah
ReplyDelete